Monday, January 25, 2010

siang itu

aku berkerja, sendirian . dirumah, tapi berbeza dgn kerja kerja lain. korag paling lewat bgun pukul 9. aku selepas subuh. berjaga, buat air. sediakan ubat, kemas katil, buat roti , cek suhu badan umi, masak nasi pada pukul 930, masak lauk. mula mula aku kekok, lama lama aku mula faham, kemas dapur, bila mesin basuh dah bergegar aku angkat kain, jemur, lipat,ikat sampah dan buang,pg kedai beli surat khabar aku berbeza. kena fikir segala macam hal, mau mintak duit pun aku segan, jahitan umi masih sakit lagi. aku faham, sbb dah tiba masanya aku balas jasa dia, sebab ini yang aku termampu buat.tangan sudah terbiasa, badan tak kenal erti malas, kadang kadang marah, tp aku cuba kawal sbb umi dah buat apa yg aku buat ni bertahun tahun..

waktu terluang aku:

mengadap laptop mcm org gila dibuatnya,ptg baru berpeluang nak keluar, kdg kdg penat,malam malam sama ada aku keluar atau duduk dirumah .semalam tngok jeritan kuntilanak bersama aza,:)