Monday, January 11, 2010

kau harus ada

berjuta kali ku menyukai , mencintai, menanti dan menunggu. penat. baru mula ku kenal namanya penat, walaupun ku jatuh berpuluh kali, ku bangun menghadapi kenyataan yang sebenarnya aku harus berhenti , kerana jika ku teruskan, aku kan kecewa. luka yang dulu masih lagi basah, tercalit sekali lagi. aku sedih, aku jatuh, aku lemah. aku bingung, aku buntu, benar . aku memerlukan seseorang, aku mahu kau. aku tunggu kau, aku kecawa dengan kau. terima kasih.. semua nya sama, kau ,dia dan mereka, tiada penyudah. harapan putus, patah, hancur, berkecai. sampai bila? penat aku tak siapa tahu, penat aku tak siapa rasa. mungkin mereka mampu bahagia, mungkin yang lain mampu gembira, kenapa tidak aku? kenapa tidak aku yang menunggu sesuatu. kenapa tidak aku, mungkin aku perlu tunggu, memujuk diriku untuk bersabar. aku makin tua, hati makin . aku putus harapan. hati ku jatuh , kata orang , sabar, aku sabar, memujuk diriku untuk bahagia, memujuk hati ku untuk bahagia dengan kebahagiaan orang lain,aku penat. ya, ku antara pemegang kebahagian yang terbesar, kerana memiliki sahabat, adik, keluarga , yang terbaik antara yg terbaik. tetapi sesuatu hilang, sesuatu masih kosong, rasa seperti jasad ku terbahagi dua. terbahagi.terbelah, terpotong, logik ku rasa, logik ku terima , kerana aku matang dah rasional memikirkan kotak hati masih tak terisi.tidak pernah ku suarakan kekecewaan ku sebergini. tidak pernah ku gambarkan betapa sakit nya hati yang tak siapa mampu rasa.mungkin itu sudah tertulis. mungkin aku tidak patut melawan takdir, mungkin aku perlu memikirkan hikmahnya, mungkin aku hanya perlu bersyukur. ya, sudah kulakukan. tapi apa salah aku sehingga aku merasakan sebergini kosong, makin aku tunggu makin aku lelah, nafas seperti mahu berhenti.mungkin kesabaran perlu ada lebih lagi, waktu perlu diberi. tenangkan fikiran kau , mungkin nanti ada, mungkin bila kau rasa kau tak tunggu, mungkin bila kau rasa lelaki tu tak semua sama, bila? aku tidak mahu tahu, aku hanya mahu kan itu, kebahagian yg aku hanya rasa melalui orang lain, yang mana aku sudah lama tidak merasanya, aku lemah, dah ingin berhenti. ingin benar berhenti kerana mengambil masa mencari harapan yg putus itu.. khabarkan , jika mereka mahu, genggam tangan ku, mencari bersama sehingga bertemu, kau harus sabar, kau harus ada, kau harus seperti yg aku mahu, aku yg perlu sabar , menanti kau menanti aku.aku mahu senyum sepeti yang ku maksudkan, senyuman seperti aku tak perlu buat.yang bakal aku gembira, khabarkan. aku sudah mengerti kenapa, aku sudah menghayati hidup. aku mahu seseorang itu bersama, meniti dah memerhati aku yang makin tua, makin banyak buat salah, makin banyak tanggungjawab, makin matang, kau harus ada, aku tidak mahu melaluinya sendirian. aku bosan. aku mahu tp aku perlu bersabar sementara, khabarkan, tuhan itu maha adil, dah aku mahu khabarkan, aku tetap bersabar,dan aku harus ada untuk aku, sementara kau tidak lagi ada.kau, ku bisikkan pada telinga mu, aku selalu ada.