Saturday, May 8, 2010

dengar penjelasan aku

ramai yg tak tahu , bidang seni perfileman ni sebenarnya tak lah teruk sgt , org selalu pandang rendah . ye lah tahu , tak laku , malah ramai graduan graduan bidang ni tak mendapat tempat , tu sebabnya , bidang ni dikira tak menjamin masa depan, aku mahu masa depan aku cerah dan aku kena berusaha keras , tak kira lah course apa pun .semua kena dgn hasil dan kehendak sendiri.

tahu tak? sebab apa ramai graduan bidang seni layar ni tak diketengahkan? first sebab diorg takut nak buat idea idea baru , selalu je ciplak , and kononnya hasil usaha sendiri.second sebab diorg ni malas , nak tunggu peluang datang baru nak kerja , malas nak study and malas nak mendalami ,kalau minat buat cara minat , sebabkan malas korang lah bidang perfileman ni di pandang remeh dah kadang kadang tak dipandang langsung . third sebab semua membikin jalan cerita yg sama dan dah dapat dijangka . sebab tu lah drama drama yg menjadi ikutan ni semua kadang kadang sama je . tak habis habis , ada yang mengalakan , ada yg memberi kesedaran and segala macam hal lagi . bila orang tanya , aku bangga na jawab , aku seorang pelajar yang ditawarkan course seni layar , senang? siapa kata . kau ingt buat filem macam kau melukis atas kertas je then siap. haha . ia memerlukan kerjasama dan coordinasi daripada semua segi . aku kagum dengan allahyarham yasmin ahmad , dia idola aku . if you yourself want to succeid set the record straight , peduli apa orang nak cakap . janji niat kau nak belajar ada .

seni layar tu apa? ramai orang tanya .
sebenarnya seni layar tu hari hari korang tengok dan hari hari korg lalui sendiri walaupun dalam dunia reality. seni layar ada di mana , kita dididik dan diasah bakat mengatur , mengarah, merancang , melaksanakan dan segala mcm hal lagi untuk menghasilkan sebuah filem , telemovie , drama , mahupun iklan. itu adalah tugas seorang yg menceburi bidang ini, seni layar sangat luas . cukup luas ,dan flexible , jangan anggap ia satu jalan mudah , kerana untuk menjadi seorang yg menceburi bidang ni kena tabah dan banyak bersabar melayan segala mcm hal di dunia lakonan ini , panduan kepada anak murid ialah guru , panduan kepada pelakon ialah pengarah .

bagus ke ? mampu menjamin masa depan? ada restu ibu?
bagi aku semua benda boleh menjadi kenyataan kalau tak cakap banyak and teruskan hidup sehingga capai matlamat. tak ada jalan lain lagi . mula mula umi pun tak puas hati , tapi aku janji dgn diri aku sendiri takkan sia sia kan peluang hidup ni . semoga semua berjalan dengan lancar .

daftar: 26/6/2010 .
kampus: shah alam puncak perdana .

hal kampus shah alam, setakat ni yg aku kenal siapa lah sgt pun yg ada kat shah alam yg jauh nun di sana . katanya dekat shah alam cos perbelanjaan tinggi , pelajar tida kurang sosial , budak kat situ hot je lebih byk lagi lah persepsi dan tanggapan . bagi aku semua tu kenal kuat pada nawaitu kita . semoga hubungan aku dgn kawan kawan aku yg byk di jengka , terengganu takkan pernah terputus . oh dan istimewa buat beeha :

kitak nok jauh darik matak sik jauh di hati , dekat sentiasa jak , sik ada smpadan nok bolih memisahkan kitak dari kamek org ,panjang jak kamek mok padah , tpi nagga keadaan kitak nok sik paham bahasa sarawak ,nanti kamek explain kayh . sayang kau sentiasa jak . sarawak nun tempat idaman kamek . untung kitak dapat , balit ja sarawak kamek ikut! haha .

ok so translation nanti yea :)

ok , so dah jelas mengenai apa yg bakal aku amik untuk masa depan aku ? rasanya cukup jelas , biar masa menentukan dan tuhan berkati kehidupan yg bakal aku tempuhi akan dtg.

aku juga mungkin menjadi seorang pelajar di
AKADEMI SENI KEBANGSAAN BUDAYA DAN WARISAN.insyallah .